Formulasi awal Budaya kemiskinan

Istilah "budaya kemiskinan" (sebelumnya dikenali sebagai "subkultur kemiskinan") telah muncul buat pertama kali dalam penulisan etnografi Lewis yang bertajuk Five Families: Kajian Kes Mexico dalam Budaya Kemiskinan (Five Families: Mexican Case Studies in the Culture of Poverty). [4] Lewis bergelut untuk menjadikan golongan "orang miskin" sebagai subjek yang sah yang hidupnya telah diubah oleh kemiskinan . Beliau berhujah bahawa walaupun beban kemiskinan adalah sistemik dan dikenakan ke atas ahli masyarakat ini, ia membawa kepada pembentukan subkultur autonomi apabila kanak-kanak disosialisasikan ke dalam tingkah laku dan sikap yang mengekalkan ketidakupayaan mereka untuk melarikan diri daripada kelas bawahan .

Penyokong awal teori tersebut berpendapat bahawa golongan miskin bukan sahaja kekurangan akses kepada sumber atau peluang tetapi juga telah memperoleh sebuah sistem nilai yang mengekalkan kemiskinan di dalam kehidupan mereka. Menurut ahli antropologi Oscar Lewis, "Subkultur [orang miskin] membangunkan mekanisme yang cenderung untuk mengekalkannya, terutamanya ia memberi impak kepada pandangan dunia, aspirasi, dan watak kanak-kanak yang membesar di dalamnya". (Lewis 1969)

Lewis menyenaraikan lebih 70 ciri-ciri ( Lewis (1996), Lewis (1998) ) yang menunjukkan kehadiran budaya kemiskinan dalam hidup seseorang, yang menurutnya tidak dikongsi pada semua kalangan kelas bawahan. Minat pengkaji Oscar Lewis dalam mengkaji aspek kemiskinan telah memberi inspirasi kepada ahli antropologi budaya lain untuk juga mengkaji kemiskinan. Minat mereka adalah berdasarkan idea beliau tentang budaya kemiskinan. [5]

Orang-orang yang berada dalam budaya kemiskinan mempunyai perasaan yang kuat untuk meminggirkan, tidak berdaya untuk membuat apa-apa, kerap bergantung pada sesuatu dan tidak masuk bercampur dengan orang lain. Mereka seperti orang asing di negara sendiri, yakin bahawa institusi yang ada tidak mampu untuk memenuhi kepentingan dan keperluan mereka. Bersama-sama dengan perasaan tidak berdaya ini adalah perasaan untuk merendahkan diri yang kronik, dan merasa tidak layak untuk mendapat apa-apa. Perkara ini berlaku kepada penduduk setinggan di Mexico City, yang tidak membentuk kumpulan etnik atau kaum yang berbeza dan tidak mengalami diskriminasi kaum. Di Amerika Syarikat, budaya kemiskinan orang Afrika Amerika mempunyai kelemahan tambahan iaitu diskriminasi kaum .

Orang yang berada dalam budaya kemiskinan mempunyai sedikit pengetahuan tentang sejarah. Mereka adalah orang terpinggir yang hanya tahu masalah mereka sendiri, keadaan setempat mereka sendiri, kejiranan mereka sendiri dan cara hidup mereka sendiri. Kebiasaanya, mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan, wawasan mahupun ideologi untuk melihat titik persamaan di antara masalah mereka dengan masalah orang lain seperti mereka di tempat lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak sedar akan perbezaan kelas, walaupun mereka sememangnya sangat sensitif terhadap perbezaan status. Apabila golongan miskin menjadi sedar akan perbezaan kelas atau menjadi ahli di dalam organisasi kesatuan sekerja, atau apabila mereka mengubah perpspektif pandangan merangkumi pandangan antarabangsas terhadap dunia mereka, maka mereka bukan lagi menjadi sebahagian daripada budaya kemiskinan walaupun mereka mungkin masih sangat miskin.

Walaupun Lewis (1998) prihatin dengan isu kemiskinan di negara membangun seperti di Mexico (tempat kajian asalnya), konsep budaya kemiskinan terbukti menarik kepada pembuat dasar awam dan ahli politik Amerika Syarikat. Ia dengan tegas memaklumkan dokumen laporan seperti Laporan Moynihan (1965) serta melaksanakan program Perang Melawan Kemiskinan .

Budaya kemiskinan muncul sebagai konsep utama dalam perbincangan Michael Harrington tentang kemiskinan Amerika seperti apa yang tertulis di dalam bukunya yang bertajuk The Other America . [6] Bagi Harrington, budaya kemiskinan ialah sebuah konsep struktur yang ditakrifkan oleh institusi sosial yang mewujudkan dan mengekalkan maslaah kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat.

Ghetto Chicago di South Side, Mei 1974